Tetamu bukan sekadar bergambar. Mereka bawa balik keychain dengan gambar sendiri dan design khas majlis anda. Kenangan majlis anda kekal lama selepas majlis tamat.
Photostrip biasanya tersimpan dalam laci. Keychain pula ikut tetamu ke mana-mana: di kunci kereta, kunci rumah, beg. Setiap kali nampak, mereka teringat majlis anda. Memori itu kekal jauh lebih lama daripada hari majlis.
Round keychain 1.4 inci. 100 pcs dalam pakej Cempaka, 200 pcs dalam pakej Kenanga.
Semua pakej termasuk unlimited photoshoot & printing, design photostrip custom dan props.
Tertakluk kepada terma & syarat. Harga boleh berubah tanpa notis.
Kami design photostrip, keychain dan welcome screen ikut tema majlis anda. Boleh ubah sampai anda puas hati.
Booth kayu dengan kamera DSLR, lampu studio, backdrop dan meja props. Kami setup semuanya sebelum tetamu sampai, dan tetamu memang beratur nak bergambar. Ada juga guestbook untuk tetamu tampal photostrip dan tulis ucapan.
Beritahu tarikh, masa dan lokasi majlis. Kami semak sama ada tarikh masih kosong.
Deposit 10% untuk kunci tarikh anda. Baki boleh dibayar secara berperingkat sebelum majlis.
Lebih kurang 2 minggu sebelum majlis, kita bincang design photostrip, keychain dan welcome screen.
Team kami datang awal, setup booth dan layan tetamu sampai habis tempoh pakej.
Mesej sebenar daripada customer kami di WhatsApp selepas majlis.
Thankyou so much team Rustika untuk majlis semalam! Best sangat, semuanya berjalan lancar. Family semua happy dapat bawak balik keychain.
Tq tau sebab bagi service yang terbaik semalam. Memang da boom and superb from Rustika.
Thank you so much juga capaikan hasrat kite. In shaa Allah highly recommend!
Terima kasih, servis encik terbaik. Semua orang suka.
Kawasan utama kami ialah Melaka dan Negeri Sembilan (Port Dickson, Nilai, Seremban, Senawang). Penghantaran dalam Melaka percuma. Luar Melaka ada caj pengangkutan, WhatsApp kami untuk harga.
Unlimited. Sepanjang tempoh pakej, tetamu boleh bergambar dan print seberapa banyak kali.
Boleh. Setiap majlis dapat design photostrip sendiri ikut tema dan warna pilihan. Kita bincang dan ubah sampai anda puas hati.
Round keychain 1.4 inci. Satu muka design majlis anda, satu muka lagi gambar tetamu yang diambil di booth. Tetamu terus bawa balik sebagai cenderahati.
Majlis kahwin, pertunangan, annual dinner syarikat, majlis sekolah dan kolej, majlis anugerah, hari keluarga dan majlis berkhatan.
WhatsApp kami dengan tarikh dan lokasi. Kalau tarikh kosong, bayar deposit 10% dan tarikh itu jadi milik anda.
Tarikh hujung minggu cepat penuh. WhatsApp kami sekarang untuk semak tarikh majlis anda.
WhatsApp 016-513 6054TikTok tak benarkan WhatsApp dibuka terus dari sini. Senang je, 5 saat:
WhatsApp Rustika akan terus terbuka dengan mesej siap ditaip.
Buka WhatsApp